7 LANGKAH PEMAKAIAN MASK (RANGKAIAN MARY KAY)

by - April 11, 2019

Good morning cinta, kakmi share harini untuk pencinta Mary Kay ya..tapi sesiapa pun boleh and apply cara ni untuk mask apa brand sekali pun..Ni sekadar perkongsian ikhlas dari kakmi..

SELAMAT MENCUBA..
7  LANGKAH MUDAH PEMAKAIAN MASKER

Mask ialah untuk membuang kekotoran dan sel kulit mati daripada lapisan kulit yang tidak dapat dilakukan oleh pencucian sahaja. Malah mask bukan sahaja semata-mata membuang sel kulit mata tetapi ia membantu menganjalkan kulit, meminimumkan keketaraan pori serta dapat membantu rejimen penjagaan kulit yang seterusnya bertindak dengan baik.

Mary Kay mempunyai beberapa jenis masker. Secara ringkasnya KakMi terangkan fungsi mask yang terdapat di Mary Kay.. lagipun di Mary Kay tiada istilah satu produk / skincare untuk semua sebab ia nak memastikan satu-satu produk tu dapat memberi impak yang baik dan berkesan jadi sama juga dengan mask ni tadi. haaaa..gituuu

Pemakaiana mask hanya sekitar 10minit sehingga 15minit sahaja dan hanya 2-3 kali seminggu sahaja..jangan terlalu kerap pakai untuk mengelakkan kulit kita menjadi terlalu kering tapi ada juga mask yang boleh bawa tidur (sleeping mask) yang ni nanti kakmi story dekat entri lain ok!




- BOTANICAL EFFECT MASK– membantu membuang sel kulit mati, blackhead dan whitehead
- TIMEWISE RENEWING GEL MASK – membantu member dan mengekalkan kelembapan kulit
-  MELACEP MASK – memcerahkan kulit  secara sekata.
-  CLEAR PROOF CHARCOAL MASK – membantu mengawal pengeluaran minyak dan juga masalah jerawat.
- TIMEWISE REPAIR REVEALING RADIANCE FACIAL PEEL – memperbaiki tekstur kulit serta mengurangkan kedutan dan garis halus

1- CUCI MUKA DENGAN PENCUCI MUKA YANG BERSESUAIAN

Part ni snagat penting, asas pertama sekali ya..Pencuci muka merupakan asas utama penjagaan kulit wajah kita. Nasihat kakmi kenal pasti dahulu jenis kulit kita sama ada berminyak, kering,kombinasi atau normal dan fahami dahulu keadaan kulit kita.. boleh rujuk post kakmi  dengan klik disini .

2- LAP MUKA SEHINGGA KERING DENGAN KAIN LEMBUT DAN BERSIH

OK!yang ni ramai sangat yang ambil mudah dengan main carca marba saja. Campur aduk antara tuala mandi dan juga tuala muka.  Seeloknya asingkan tuala muka dengan tuala mandi kerana kulit di kawasan wajah kita lebih sensitive dan lembut berbanding dengan kulit dibahgaian lain. Jadi pemilihan tuala muka haruslah yang lebih lembut dan bersih untuk mengelak dari segala kekotoran di bahagian lain dan pastikan betul2-betul kering sebelum kita apply mask tu nanti.

3- CUCI TANGAN SEBELUM APPLY MASK DI WAJAH

Haa..yang ni pun jangan amik mudah tau. Cuci tangan dulu sebelum kita apply mask dekat muka kita.. sebab apa, macam kakmi pesan tadi kulit muka kita sangat sensitive, jadi pastikan kebersihan tangan atau berus sebelum kita apply apa-apa dekat wajah kita.

Orite...settle bab sebelum apply mask dah apply nak buat apa?Bila masa yang sesuai untul pakai mask ni?

1-    REST & RELAX
Part ni kadang-kadang susah sikit..hahaha..maklumlah kalau dah dapat title mak-mak ni, ace ke baru nak berangan eh mulalah air milo tumpahlah, laparlah…haaa..itu normal so jangan melenting..istighfar banyak-banyak ok...deal lah dengan anak-anak..mesti jadi punya..seeloknya pakai mask ni waktu malam sebab waktu ni,keadaan badan kita lebih relax dan juga persekitaran kita jg membantu juga.. sebab apa ya?ok, rujuk balik fungsi mask tadi, mask membantu untuk membersihkan kulit wajah kita dari sel kulit mati dan kekotorankan? bila kita start pakai mask, kulit kita akan jadi lebih lembut dan bersih jadi waktu malam kita akan rehat seketika daripada sinaran matahari dan aktiviti yang lebih mencabar gituuu..
Tapi, hati-hati jangan sampai tertidur ya.. pemakaian mask hanya sekitar 10 minit – 15 minit sahaja tau kecuali sleeping mask.

2-    CUCI MUKA SELEPAS PEMAKAIAN MASK
Dah rest & relax jangan sampai teridur tau..lepas pakai mask harus dicuci ok..seeloknya boleh cuci dengan air sejuk sebab ia membantu mengecilkan liang pori-pori kita.

3-    APPLY SOFTENER, FRESHEN, FRESHENER
Untuk hasil yang lebih memuaskan, keringkan muka selepas tu pakailah toner untuk membantu mengekalkan kelembapan kulit dan juga membersihkan sisa-sisa kotoran yang bersisa  selepas pemakaian mask tadi.Pemakaian toner juga membantu untuk mengembalikan PH kulit muka kita.

Haaa rajin-rajinlah buat step ni tau..moga-moga dapat kulit selembut kulit bontot baby..hahhahah..


Ok, yang ni bukan iklan berbayar ya..ikhlas dari kakmi untuk berkongsi..setiap apa yang ditulis bergantung pada keberkesanan setiap individu.

You May Also Like

0 comments

MY INSTAGRAM