APA ITU UVA & UVB

by - October 24, 2019

Hey lovelies. harini kakmi nak share sikit tentang UVA & UVB yang kakmi tahu ya..Maybe ni sebagai basic sahaja sebab kakmi bukan pakar pun..share daripada bahan bacaan yang kakmi baca..
apa itu UVA & UVB secara ringkasnya :
A : Aging (penuaan)
B : Burning



Biasanya UVC akan diserap oleh lapisan ozon jadi ia tidak menebusi bumi..Syukur pada Yang Maha Esa..
SPF : Sun Protection Factor ( biasanya kulit akan terbakar dalam jangka masa 10 minit) dan angka SPF yang biasa kita nampak tu contohnya SPF30, SPF50 etc ialah penetu kepada berapa lama ia bertahan..sebagai contoh
SPF 15 X 10min = 150min iaitu 2jam 30 min (jadi product yang mempunyai SPF 15 ni akan cover skin kita daripada UVB selama 2jam 30min)..jadi sekarang pergi tengok product u all berapa SPF dan buat kiraan ya..sebab apa?sebab Sun protection ni sangat penting ok..

UVA : iaitu gelombang panjang
Ia merupakan radiasi matahari yang mempunyai gelombang yang panjang (320nm- 400nm)..waaaaa..panjangkan..tapi walau bagaimana pun UVA ni tidak menyebabkan kemerahan atau sakit/perit tetapi hati-hati u all UVA ni boleh menyebabkan kerosakkan kulit kekakl, haaaa contohnya kerosakkan DNA yang boleh menyebabkan cancer kulit dan kulit menjadi gelap.
UVA ni boleh menembusi kulit lebih dalam daripda UVB dan merupakan peranan pentingdalam aspect penuaan kulit dan kedutan..jeng..jeng..jeng..jadikalau pemilihan product perlindungan matahari yang mana memainkan peranan untuk mengawal penuaan?SPF atau PA?

UVB : iaitu gelombang pendek
Ia merupakan radiasi matahri gelombang 290nm- 320nm dan UVB nilah yang menyebabkan sunburn atau kemerahan dan perit di kulit..UVB ni lebih cenderung merosakakn lapisan epidermis dan peranannya menyebabkan tona kulit tidak sekata..hati-hati ya UVB juga boleh menyebabkan cancer kulit (dalam jangka masa yang panjang) kalau kita abaikan pemakaian sun protection. Secara signifikasinya walaupun sinar UVB tidak menembusi kaca tapi u all perlu alert juga tau untuk pakai sun protector..takkan nak bawak payung kaca pulak ke hulu hilirkan?kan?





You May Also Like

0 comments

MY INSTAGRAM