Masalah kulit yang sering di hadapi

by - April 15, 2017




Assalamualaikum & hai u all..so harini ai nak share something dengan u all tentang kulit...so first of all, kita kena kenal jenis kulit kita dahulu sebelum kita dapatkan regimen penjagaan kulit yang sesuai dengan keadaan dan jenis kulit kita supaya kita dapat mengelak daripada pembaziran..ha tak gitu..so jom baca ni dahulu..


Jom kita kenal pasti jenis kulit kita dahulu sebelum kita tentukan regimen penjagaan kulit kita atau pemilihan produj kosmetik yg tepat dan sesuai dengan kulit supaya akan memberikan kesan solekan yg menarik dan tahan lebih lama serta mengelakkan dr pembaziran..
.
💋Normal💋
👸 Sihat, Tiada cela
👸Minyak dan lembap, seimbang
👸Pori-pori sihat, tidak tersumbat

💋Kulit kering💋
👸 kusam
👸tiada minyak, garisan express disekitar kawasan mata dan mulut
👸kasar, bersisik

💋Kulit kombinasi💋
👸Berminyak di kawasan di T zon 👸Kering di bahagian pipi dan sekeliling luaran wajah

💋Kulit Berminyak💋


👸Nampak berminyak, Berkilau

👸Pori Ketara 
👸Mudah berjerawat, pori-pori tersumbat

Kulit Sensitif💋

👸Nampak kemerah-merahan
👸Ruam merah 
👸Mudah berjerawat,
Kulit menggelupas



Orite..so dah kenal dengan jenis-jenis kulit?dah kenalpasti jenis kulit masing-masing?ok jom kita kenal pula dengan masalah yang mungkin dihadapi dengan jenis-jenis kulit

Kulit Normal 
Pada kebiasaannya kulit normal sangat memerlukan penjagaan yang sangat mudah dan ringkas tetapi tidak bermakna u all mengabaikan penjagaannya..jenis kulit ini masih memerlukan penjaagaan rapi supaya dapat mengekalkan keseimbangan kelembapan kulit ini..selalunya jenis kulit normal ini tidak berminyak atau kering dan sangat jarang menghadapi dan bebas dari sebrang masalah

Kulit Berminyak
Disamping faktor hormon(remaja), cuaca yang panas serta cara pemakanan juga boleh menyebabkan kulit berminyak
Masalah yang mungkin di hadapi
-blackhead
-jerawat
-pori- pori terbuka
-parut
-keseluruhan kulit berminyak
*TP kebaikan kulit ini ia melambatkan proses penuaan tau..

Kulit Kombinasi
Penjagaan yang rapi harus diamalkan supaya dapat mengekalkan kulit sentiasa kelihatan bersih dan gebu..adakala ia akan berubah - rubah mengikut pada penjagaan serta persekitaran , jenis regimen penjagaan kulit yang diamalkan dan hormon.
Masalah yang mungkin dihadapi
-muka kering
-jeragat (pigmentasi)
-whitehead (mila seed)
-kelenjar minayk tidak sekata

Kulit Kering
Kehilangan lembapan serta minyak yang kurang disebabkan kelenjar minyak yang kurang aktif atau terlalu dedah pada persekitaran yang berhawa dingin dan pembersih muka yang beralkali tinggi dan kurang minum air boleh menyebabkan kulit semakin kering
.
Masalah yang mungkin dihadapi
-kedut / garis halu
-bintik- bintik hitam
-whitehead (Milia Seed)
-hitam di sekeliling mata
-jeragat
-muka kering dan kusam

Kulit Sensitif
Perubahan cuaca sangat memberi impak kepada jenis kulit sensitif kerana ia sangat peka terhadap rangsangan faktor luar dan kebiasaannya kulit terasa perit dan pedih serta kemerah-merahan. Pemilihan regimen penjagaan kulit serta kosmetik juga memainkan peranan yang boleh menyebabkan kulit menjadi sensitif. Cuba perhatikan kembali corak kegiatan harian anda serta pemakanan dan juga produk penjagaan kulit yang kita pakai.
Masalah yang mungkin dihadapi
-kulit menjadi merah
-kulit menjadi pedih
-naik ruam merah serta jerawat yang sangat aktif
-kulit menggelupas
-kulit rasa terbakar


You May Also Like

0 comments

MY INSTAGRAM