TIPS BERHENTI KERJA DAN JADI LADY BOSS

by - May 30, 2020




Assalamualaikum..Salam Syawal..masih belum terlambat Kakmi nak ucapkan selamat Hari Raya..Maaf zahir dan Batin..cepat masa berlalu dah seminggu Syawal..Raya u all ok?Alhamdulillah Kakmi,adik-beradik dapat berkumpul dengan mama..Kakmi je yang duduk rumah berasingan tapi adik-adik & ipar masih serumah dengan mama..

Bagi yang tak mengenali Kakmi atau baru terjumpa blog syok sendiri Kakmi ni..hehehe..Hye nama saya Aimi..Pejam celik, termenung jauh, mundar mandir dalam rumah hampir setiap hari rupa-rupanya bulan ni adalah tahun ke-7 Kakmi bekerja dari rumah sepenuh masa, jadi "work from home" bukanlah perkara baru bagi Kakmi masa Perintah Kawalan Pergerakan. Tapi pengasingan diri masa PKP ni terasa jugalah sebab bezanya Kakmi tak boleh keluar berjalan-jalan amik angin macam biasa..window shopping pun online je..Apatah lagi pergi bercuti bulanan terpaksa ditangguhkan. But its okey..Allah sebaik-baik perancang.


Ada yang tanya Kakmi, macam mana Kakmi 'adapt' suasana yang sibuk bekerja tetiba sunyi je kat rumah?U all jangan tak tahu bekerja di rumah lagi havoc sebenarnya. Alhamdulillah, nikmatnya hidup sebagai usahawan kecil bebas. Berkerja dari rumah, waktu kerja yang fleksible, tak perlu bersesak-sesak dengan jalan yang jammed pagi dan petang, waktu rehat ikut suka, dan cuti pun ikut suka tapi kena sentiasa beringat dan disiplin! Dan paling penting, anak-anak membesar depan mata Kakmi, Kakmi bahagia dengan apa yang Kakmi usahakan sekarang. 
Syukur pada Allah. Walaupun ada turun naiknya itu adat biasa dalam kehidupan. Secara jujurnya, Kakmi tak pernah membayangkan kehidupan bekerja sendiri. Tapi perancangan Allah lebih hebat. Siapa yang tak mengimpikan kehidupan yang 'balance' antara kerjaya dan kehidupan tambah lagi bila kita dah ada si kecil kat rumahkan. Kalau nak dikirakan duit, semua orang nak duit,ada duit,tapi yang lebih penting ialah kita ada MASA untuk buat apa yang bermakna dalam hidup kita.
Untuk tahun pertama, Kakmi masih belum mampu berkongsi banyak benda sebab masih belum melepasi ujian tahun pertama tanpa gaji. Yes, takde gaji dan tak boleh berbelanja sesuka hati seperti makan gaji dahulu. Bukan semua orang mampu 'survive' dengan kehidupan selepas berhenti kerja. Stress?mungkin!jika u all takde perancangan rapi dan didorong dengan emosi waktu berhenti dulu. Rindu suasana bekerja?Ada juga tapi hanya sekejap je. Kadang-kadang datang tu layan juga tapi istighfar sebab mungkin bisikan syaitan.. 

"Kakmi, Kalau ada pangilan kerja,Kakmi terima untuk kerja balik tak?" jawapan kakmi, hahahah...tengok pada keadaan semasa tu..kang jawab tak sombong sangat.. Allah sebaik-baik perancang. Kita serahkan pada Allah..
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah..Allah permudahkan Kakmi untuk melepasi ujian tahun pertama tanpa duit gaji. Ye betul, mesti ada yang cakap Kakmi boleh sebab suami bekerja dan bagi duit. Memang tak dinafikan suami sangat membantu dan sentiasa menyokong dengan apa yang Kakmi buat. Tapi lagi best sebenarnya kita dapat pegang duit kita sendiri, bagi parent kita duit sendiri, berbelanja dengan duit kita sendiri tanpa perlu kita susahkan suami..betul tak?Apa yang kita nak, kita beli je. Jadi Kakmi nak kongsi sedikit pengalaman Kakmi buat sahabat-sahabat yang ada bercita-cita untuk memulakan perniagaan atau berhenti kerja, terutamanya ibu-ibu, kaum Hawa.
ISTIKHARAH
Kadang-kadang bila kita nak buat keputusan yang drastik ni perlu sangat-sangat kita ambil kira segala-segalanya. Jadi minta petunjuk Allah, keputusan yang terbaik. InsyaAllah, Allah adalah sebaik-baiknya pemberi petunjuk.
Rasullulah SAW bersabda :  
 “Di antara kebahagiaan anak Adam adalah istikharahnya (memohon pilihan dengan meminta petunjuk) kepada Allah, dan diantara kebahagiaan anak Adam adalah kerelaannya kepada ketetapan Allah, sedangkan diantara kesengsaraan anak Adam adalah dia meninggalkan istikharah kepada Allah, dan diantara kesengsaraan anak Adam adalah kemurkaannya terhadap ketetapan Allah.” (HR Ahmad No:- 1367)''
BINCANG DENGAN SUAMI & FAMILY
Sebagai seorang isteri perkara ni kita kena bincang baik-baik dengan suami. Minta restu suami, serta bincangkan Pro & Contra selepas kita berhenti kerja. Maklumlah nanti segala perbelanjaan suami yang akan tanggung walaupun memanglah suami yang akan tanggung kita tapi kita tak boleh pentingkan diri sendiri. Nama pun hidup sebagai suami isteri, kita kena sama-sama bekerjasama supaya tak wujud masalah dikemudian hari. Kemampuan suami untuk uruskan semuanya, dari segi perbelanjaan harian dan perbelanjaan kita. Kalau suami mampu, Alhamdulillah. 
PERSEDIAAN MENTAL & FIZIKAL
Sepanjang musim PKP ni mesti ramai ibu-ibu dah praktiskan 'work from home' kan. Entah-entah dah ada perancangan rapi untuk terus WFH. Jadi hikmah PKP ni sangat luas bila kita lihat dari sudut positif. betulkan?
Selebihnya terletak pada diri kita sendiri, sebab kita sahaja yang tahu tentang kehidupan kita. Yang Kakmi boleh share hanya pengalaman Kakmi sebagai 'work from home mom" gitu. Tapi, kena ingat tau ni PKP semua mak-mak bekerja dari rumah (sebab terpaksa) lain sangat dengan yang WFH tanpa gaji tetap, jadi u all yang nak terus WFH ni, bersedialaah dengan tentangan dari keluarga, mertua, adik beradik atau sesiapa sahaja. Macam Kakmi alhamdulillah tak lalui tentangan ni. Mama Kakmi pun sentiasa beri sokongan yang terbaik untuk kakmi.
Orang akan cakap macam-macam kat kita. Kalau tak kuat mesti stress. Tambah lagi bila ada yang bertanya "kerja apa sekarang?" Sebab mentality orang masih tidak berubah sekalipun zaman dah canggih , masih beranggapan yang suri rumah ni "LOW CLASS" tapi percaya tak nikmatnya hanya kita je yang merasakannya. Dan mulalah sedikit nasihat-nasihat yang kadang-kadang buat kita rasa stress. Sampai kita di mogok-mogokkan dengan cerita yang kurang enak sebagai suami isteri ni.. Nauzubillah min zalik.. 
Satu hal lagi, bila kita dengar kawan-kawan kita naik pangkat, bershopping sakan bila dapat bonus, pakai baju cecantik, mulalah bisikan syaitan mula berlegar-legar.. "Kalau aku tak resign dulu mesti........." kan.. itu perkara biasa.. Kadang-kadang buka almari tengok baju-baju kerja dulu cantik-cantik lagi. 
Tapi kita masih boleh melawa..tak salahkan melawa dekat rumah.. Pandai-pandailah kita..Yang mana dah ada perancangan nak buat bisness lepas resign u all lagi boleh melawa juga..
Jadi siapa yang dah ada perancangan tu boleh perlahan-lahan latih diri, mental dan fizikal. Mulakan dari awal. Kerja rumah takkan pernah habis begitu juga kerja di tempat kerja juga tak pernah habis. tapi sekurang-kurangnya kita tahu hala tuju kita. Kakmi selit sikit-sikit je dulu kat sini ya, sebab bab persedian mental dan fizikal ni panjang lebar sangat.. Nanti Kakmi share entri khas untuk topik ni. okey!
LANGSAIKAN HUTANG-HUTANG NEGATIF

Sedar tak halangan utama kita untuk berhenti bekerja ialah hutang. Ibu-ibu yang nak berhenti kerja, nak jaga anak-anak di rumah dengan tangan sendiri kadang-kadang terhalang dengan hutang. Jadi persediaan pertama, langsaikan hutang-hutang besar. Kakmi langsaikan segala hutang pinjaman bank, kecuali hutang PTPTN dan kereta (yang ni Kakmi bincang dengan husband dan dia ambil alih untuk bayaran bulanan kereta Kakmi, Alhamdulillah). PTPTN bayar ikut kemampuan bulanan Kakmi dan Alhamdulillah settled haritu,masa government umumkan yang boleh bayar melalui KWSP..apa lagi berdesup pergi settlekan..hoyeeee...

RENDAHKAN KOMITMEN KEWANGAN (PERSEDIAAN MENTAL)

Alhamdulillah, Kakmi berjaya..yeahh 'berjaya' hahaahah..tak dinafikan Kakmi seorang yang suka berbelanja. Haaaa, perempuankan dan sekarang pun suka berbelanja tapi masih dalam kawalan. Susah?Awal-awal memang agak sukar tapi kita didik diri kita untuk berbelanja di bawah kemampuan Insyaallah boleh. Apa nampak semua nak beli..hehehe..tapi sedar diri jugalah..
Mental kena kuat. Bersediakah kita untuk hidup sebagai orang yang tidak bergaji. Tambahan lagi kalau memang perbelanjaan rumah cukup-cukup sahaja, haaa bersedia tak kita? Kalau dulu tak perlu risau cukup bulan je duit masuk. InsyaAllah, U can do it!

ADA SIMPANAN

OK..yang ni memang perlu ada, just in case kecemasan. Atau untuk perbelanjaan sendiri. Paling-paling 3 bulan gaji asal atau at least sedikit simpanan. Kita boleh buat modal untuk mulakan bisnes secara kecil-kecilan tanpa perlukan modal yang besar supaya tidak membazir.

SIDE INCOME

Kakmi cadangkan, bila u all yang nak berhenti kerja dan sebulat suara nak isi jawatan 'Manager Rumah' untuk cari side income. Bukan apa, memanglah tak pernah habis kerja rumah dah nak tambah kerja lain pulak?eh bukan macam tu maksud Kakmi, tapi sekurang-kurangnya waktu u all akan terisi dan juga poket pun terisi juga. Dapatlah kita bantu sikit-sikit keperluan rumah walaupun suami kita tak minta pun kita keluarkan perbelanjaan tapi sekurang-kurangnya kita tak menyusahkan.

Tambahan lagi kalau memang perbelanjaan rumah cukup-cukup sahaja, time nilah kita saling bantu-membantu.
Side income ni banyak cabang, ikut minat masing-masing.. Macam Kakmi start dengan craft, Kakmi minat benda cute-cute dan kebetulan anak gegirl, Hana jadi Kakmi buat headband dan jual..ye itulah bisnes pertama Kakmi. Dan sekarang Kakmi jual tudung (brand Kakmi sendiri, alhamdulillah) dan sambil-sambil sebagai Perunding Kecantikkan Mary Kay. Kalau sesiapa yang nak tahu lebih lanjut tentang Mary Kay boleh hubungi Kakmi ya.
Ramai je sekarang suri rumah ada bisnes sendiri. Mudah sangat. Sebab platform perniagaan luas sanagt sekarang ni..

LENGKAPKAN PERANCANGAN UNTUK MULAKAN BUSINESS DAN HALA TUJU

Ok, bila kita dah ambil keputusan untuk mulakan pernigaan sendiri. Cara Kakmi, start je berhenti kerja Kakmi dan siapkan satu ruang untuk bisness baru Kakmi, Kakmi lengkapkan satu ruang khas untuk kerja baru Kakmi. Masa ni kitalah bos kitalah kuli. Masa ni kita sangat-sangat perlukan disiplin diri, sebab kita takde orang yang akan pantau kita. Kita takde orang yang akan ambil markah untuk bonus tahunan kita. Semuanya terletak pada diri kita sendiri. Berapa target bulanan yang kita nak. Adakah kita selesa dengan kehidupan seharian kita. Tapi dalam masa yang sama urusan rumah masih Kakmi uruskan dengan jayanya.. I am wonder mom.. Kakmi dulu banyak buat bisnes tapi sekarang fokus pada kekuatan kita. Jangan jual terlalu banyak cabang. Bahaya! Kakmi tak pandai sangat tapi ni berdassarkan pengalaman Kakmi yang tak seberapa ni.

PERLINDUNGAN INSURANS

Bila kita ada anak, perkara yang penting kita fikirkan ialah anak, kesihatan dan keselamatan anak dan diri sendiri. Kalau dulu bekerja Kakmi tak risau tentang hal kesihatan. Maksudnya sakit, pening, kita tahu company yang akan cover segalanya. Contoh macam Kakmi sendiri yang bekerja sebagai kakitangan kesihatan di sebuah hospital swasta, hal ni Kakmi tak risau. sebab Kakmi tahu semua ditanggung dan bila Kakmi berhenti kerja secara automatic urusan kesihatan atas urusan kami sendiri. Memang tak dinafikan kita ada hospital kerajaan dan klinik kesihatan tapi kadang-kadang ada masa sesuatu yang tak dapat di elakkan kita terpaksa ke hospital swasta. Jadi sangat penting juga polisi insurans keluarga apabila melibatkan sesuatu tanpa kita perlu keluarkan simpanan kita sendiri.

BINA NETWORKING

Suasana di tempat kerja dan di rumah 360 darjah akan berubah. Bila kita tak berkerja kita akan kehilangan rakan untuk berbual, kita akan berjauhan dengan semua orang. Kalau dulu kita ada masa untuk berborak dengan kawan-kawan sekerja. Sebelum balik kita sempat minum-minum di cafe bersama kawan, waktu rehat kita sempat window shopping, hujung minggu ada function kita sempat selfie dan bergosip bersama tapi bila di rumah kita akan mengadap muka suami kita, anak-anak kita sahaja. Paling sunyi bila pagi-pagi anak siap ke sekolah, suami ke tempat kerja. Hidup akan jadi terasing dari orang lain. Kalau kita tak kuat boleh hilang motivasi diri yang kita cuba bina awal-awal dulu tau.

Tapi Alhamdulillah, sekarang banyak social media yang membantu kita untuk kita terus bermotivasi. Cari kawan-kawan yang positif yang dapat membantu kita. Dan paling menarik Kakmi mempunyai sisterhood Mary Kay yang sangat supportive dan productive. Semua positif.

Ok, tu perkongsian Kakmi yang boleh Kakmi kongsi sikit sebanyak dengan u all yang masih berbelah bahagi untuk bekerja dari rumah atau menjadi suri rumah sepenuh masa. Insyaallah kakmi akan update lagi jika ada pertambahan dan minta maaf atas kekurangan. Jika sesiapa yang nak tambah atau ada tips boleh tinggalkan di ruangan komen. Semoga menjadi asbab kepada kebaikan. Dan kepada seluruh ibu, suri rumah sepenuh masa, anda seorang yang hebat. Semoga kalian diberi segala kebaikan di dunia dan di akhirat.

Sebelum tu, Kakmi nak share peluang kerjaya di Mary Kay.. jika sesiapa yang ingin menjadi sebahagian dari Kakmi boleh hubungi Kakmi ya..


AIMI LIYANA 
Profesional Mary Kay Independent Beauty Consultant 
Call/SMS/WhatsApp
011-20918593
IG: amiileeyana /pinkboxamii 
Fb Page: 


E-mail : amethystbyaimiliyana@gmail.com

You May Also Like

0 comments

MY INSTAGRAM