KELEBIHAN MAKEUP BERASASKAN MINERAL

by - March 15, 2018

Selamat petang u all..
Petang-petang ni eh saja nak share tentang kebaikan makeup atau kosmetik yang berasaskan mineral..Apa kelebihannya ya?


I LOVE MY MARY KAY

Kosmetik / makeup Mary Kay adalah berasaskan mineral yang terdiri daripada galian/mineral.

Mineral makeup bukanlah pengganti untuk serum, krim anti-penuaan, pelembap atau krim tetapi masih mempunyai manfaat penjagaan kulit.

Ia sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif kerana bahannya yang kurang merengsa kulit dan memberi keselesaan pada kulit.

Kelebihannya,memberi impak semulajadi serta penggunaan yang sedikit mampu memberi liputan asas dan tahan lebih lama.

Dengan tu solekan lebih natural dan lebih versatile!

OK! Ni kakak share serba sedikit sebab mengapa kita diberi pilihan untuk memilih makeup berasaskan mineral..



SEBAB KENAPA KITA MEMILIH MAKEUP BERASAKAN MINERAL

1- LEBIH VERSATILE & FLEXIBLE

Dengan solekan yang betul, ia akan lebih fleksible. Kita boleh mencampurkan 'mineral based makeup'ni dengan air, pelembap atau cream kita tau untuk dapatkan hasil konsistensi yang lebih cair atau cantik.. Contohnya, creme to powder tu kita tambah sedikit dengan timewise day solution untuk kita blend bersama supaya bila kita apply makeup kita tak cracky..
.
Lagi satu tips, sebagai makeup 2,3 in 1..ha gitu.. Contoh eyeshadow boleh jadikan sebagai eyebrow, blusher.. blusher yang warna pinky-pinky cantik tu boleh je kita jadikan sebagai eyeshadow..



Mineral Baked Cheek Powder
Eye Color & Baked Cheek Powder

2- SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KULIT

Menarikkan?Apa sahaja jenis kulit kita sama ada berminyak, kering atau kombinasi, makeup berasaskan mineral ni amat sesuai kerana sifatnya yang hypoallergenic serta dapat bertindak baik dengan kulit kita sendiri.
.
Malah minyak semula jadinya turut membantu untuk liputan sempurna dan cantik.
.
Selain tu, Untuk kulit yang berminyak dan kombinasi, mineral-mineral yang digunakan dalam campuran seperti zink dan mika akan membantu menyerap minyak sepanjang hari.
.
Wow! Jadi pilihlah makeup berasaskan mineral tau!



Timewise Foundation
Luminous & Matte type
Translucent Loose Powder

3- MEMPUNYAI PERLINDUNGAN SEMULAJADI


Ni satu lagi kakak nak bagitahu tentang keistimewaan mineral based makeup sebab ia mempunyai perlindungan matahari semulajadi iaitu kandungan zink oksida dan titanium oksida yang merupakan perlindung matahari semulajadi.
.
Tetapi kena ingat tau apa2-apa pun kita masih memerlukan produk perlindungan matahari juga ya..



Mineral Loose Powder Foundation

4- NON- COMEDOGENIC (TIDAK MENUTUP PORI-PORI)


Wow.. Disebabkan komponen mineral yang sangat halus ni mampu memberikan kita litupan yang sangat sempurna dengan penggunaan yang sedikit tanpa memberi kesan kepada pori-pori kita tau..
.
Jadi, penggunaan mineral makeup ni tak menyekat liang-liang pori yang boleh menyebabkan kekotoran tersumbat penyebab jerawat. .
Malah ia membantu melegakan kulit kita dan mencegah kerengsaan sebab ia mampu diadun dengan baik dengan minyak kulit semula jadi.



Timewise Foundation & CC Cream
Non Comedogenic

5- MEMPUNYAI JANGKA HAYAT (SHELF LIFE) LEBIH LAMA


Disebabkan makeup berasaskan mineral ni adalah tulen,jadi ia mempunyai jangka hayat yang panjang berbanding conventional makeup.
.
Sebabnya tiada bahan yang terkandung yang dapat membantu pembiakan bakteria,dengan tu membolehkan ia tahan lebih lama..
Jadi,penyimpanannya sangat bersih dan mudah..serta menjimatkan..



Mary Kay Mineral makeup Collections
Finishing Spray & Foundation Primer

6- LEBIH TAHAN LAMA DAN MEMBERI LITUPAN ASAS YANG SEMPURNA


Percaya atau tidak,kalau kakak bagitahu mineral makeup bukan sahaja tahan lama di rak simpanan kita kerana jangka hayatnya yang lebih panjang tapi pada kulit kita jg.. Jimat duitkan?kan?
.
Lagi satu ye dengan penggunaan mineral foundation yang sedikit je dah memadai untuk memberikan liputan menyeluruh yang sempurna..wow!! Perfecto.. .
So kalau nak buat tambahan lepas tu boleh guna foundation yg lebih pekat atau concealer untuk cover or touch up pd kawasan2 tertentu.. Ini menjadikan solek mineral lebih tahan lama pada kulit anda.



Matte -wear Timewise Foundation

7- MEMPUNYAI MANFAAT PENJAGAAN KULIT


Mineral makeup bukanlah pengganti untuk serum, anti-penuaan, pelembap atau krim tetapi masih mempunyai manfaat penjagaan kulit.
.
Ia sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif kerana bahannya yang kurang merengsa kulit dan memberi keselesaan pada kulit.



CC Cream

8- TEKSTUR YANG LEBIH RINGAN

Jika kita bezakan dengan kosmetik yang biasa atau conventional, tekstur makeup berasaskan mineral ni lebih ringan disebabkan bahan asas yang digunakan dan diproses dengan teliti.
Apabila kita apply foundation then terus touch up dengan bedak , solekan kita tak bercapuk walaupun tanpa menunggu foundation tadi kering sepenuhnya..


Mineral Pressed Powder

9- BEBAS BAHAN KIMIA MERBAHAYA


Haaa.ni penting juga tau.. Sesetengah bahan kimia dan wangian di dalam makeup boleh merengsa  kulit dan menyumpat pori-pori, jadi makeup berasaakan mineral ni bebas daripada bahan-bahan kimia yang merbahaya yang sering kita jumpai dalam makeup biasa.  Sebabnya bahan-bahan yang digunakan dalam kosmetik ni adalah semula jadi yang mangandungi mineral tulen dan di reka dengan sangat-sangat teliti untuk memastikan kulit kita kelihatab sihat.



Bronze powder

Selain tu, mineral based makeup are ecologilcally friendly.. GO GREEN




Siapa nak tahu rahsia terbesar makeup berasaskan mineral?



We Love Mary Kay

MINERAL MAKEUP LOOK GOOD ON CAMERA!


Percaya atau tidak, mineral makeup memberikan litupan yang sempurna dan kelihatan semulajadi di dalam gambar.. So kalau nak pergi majlis istimewa ke kenduri ke atau red carpet ke nak nampak solekan yang natural dalam gambar pilihkan makeup berasaskan mineral..hehehe..

ANTI- AGING EFFECTS

Fuyyooo.. makeup berasaskan mineral mampu mengembalikan masa silam u all..amazing! Ia dapat membantu kita kelihatan muda.. ewahhh.. why?haaa.. sebabnya ramuan yang digunakan mampu memberi litupan yang baik dengan memberikan effect kulit kelihatan cerah serta meminimumkan penampilan garis halus dan kedutan..


PILIH MAKEUP BERASASKAN MINERAL DAN PILIHLAH MARY KAY


You May Also Like

2 comments

  1. Asalam..hai sister..minta izin copy 😇

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum Hai sis minta izin copy ye. Terima kasih

    ReplyDelete

MY INSTAGRAM