KEPENTINGAN HYALURONIC ACID (HA)

by - April 02, 2018

Seiring dengan peningkatan usia kita, kulit kita juga  akan kehilangan keupayaan untuk mengekalkan kelembapan, serta mengakibatkan kehilangan ketegangan, dan keanjalan.

Asid hyaluronic (HA) mampu membantu menambah baik pulihkan kelembapan kulit. Ia berperanan dalam menjaga setiap aspek kulit yang stabil, melindungi dan terus memperbaharui serta mempunyai keupayaan yang menakjubkan untuk menarik serta memegang kelembapan kulit dengan berasaskan sains yang terletak pada keupayaan asid hyaluronic untuk megekalkan kelembapan kulit kerana ia mampu untuk menarik lembapan dan menghantar ke dalam sel-sel kulit.

Pada masa yang sama, ia juga mampu menghidupkan semula lapisan luar kulit agar kelihatan dan terasa lembut serta licin dan memberi khasiat untuk terus memperbaiki penampilan garis-garis halus serta kedutan. Ia mampu mengekalkan kelembapan 1000 kali lebih banyak!

Ciri- ciri kelembapan asid hyaluronic adalah sangat penting kerana ia akan memberi impak kepada penuaan kulit. Salah satu sifat kulit muda adalah keupayaan untuk memegang air dan mengekalkan jumlah kelembapan yang seimbang.

Peningkatan usia, kulit kita kehilangan keupayaan untuk mengekalkan lembapan yang boleh menyebabkan kehilangan kehalusan, kelembutan, kemampatan serta menyebabkan kemunculan kemerah-merahan pada kulit. Apabila kulit kita sering terdedah kepada cahaya matahari tanpa perlindungan SPF, produk-produk asas rutin penjagaan kulit yang kasar serta pendedahan pada radikal bebas di persekitaran kita, ia mampu melemahkan permukaan kulit kita.

Jadi kepentingan ciri-ciri kandungan asid hyaluronic dalam sebahagian daripada rutin penjagaan kulit  kita dapat membantu mengurangkan masalah ini dan ternyata asid hyaluronic juga antara antioksida terbaik untuk mengurangkan keradangan serta melindungi dari kerosakan persekitaran luar. HA terbukti merupakan salah satu unsur anti-penuaan dan ia juga merupakan "multitasker of skincare"!

Asid hyaluronik dapat meningkatkan kandungan kelembapan dan pada masa yang sama mampu menghidupkan semula lapisan luar kulit supaya kelihatan lebih lembut, licin dan terutamanya terhidrasi untuk bernafas. 

Yaaa! amazing kerana cara itulah bagaimana ia mampu memperbaiki serta merta penampilan garis-garis halus dan kedutan pada kulit wajah kita!

Secara ringkasnya, kakak share kebaikkan ACID HYALURONIC (HA)
- meningkatkan penghidratan pada kulit
- keanjalan kulit
- mengekalkan kelembapan paada kulit serta melicinkan
- menyuburkan kulit kelihtan sihat
- menggalakkan pertumbuhan sel
- agen awet muda (anti-aging)

Diantara produk Mary Kay yang mengandungi ACID HYALURONIC (HA) adalah Mary kay Timewise Moisture Renewing Softener dan juga Mary Kay Renewing Gel Mask. Ia mampu merawat kulit rosak, mengaktifkan kolagen di bawah kulit dan mengekalkan lembapan kulit supaya kulit kelihatan lebih anjal dan muda.





You May Also Like

0 comments

MY INSTAGRAM